Friday 1 September 2017

Resepi

Assalamualaikum and..
Happy Eid Adha!!

Hari ni terdetik pulak hati ni nak share resepi puding buih sebab semalam bukan main asyik buat puding tu. Punyalah berminggu-minggu mak cakap nak buat puding, last-last semalam baru buat hehe.. so mak aku buat pudingnya dan aku pulak buat kuah dia. Haa okay dah tak nak cakap panjang-panjang. Jom proceed terus!


𓄯
Tadaaa! Haa inilah puding buih berkuah yang aku buat. Nak bagi nampak cantik saja-saja aku letak kuib buah atas tu hahahaha. Korang kena try tauu!



RESEPI PUDING BUIH 

Bahan-bahan (untuk puding)

- 1 paket agar-agar
- 3 cawan air
- 6 sudu besar gula
- 3 sudu besar sirap
-3 biji telur (aku guna telur gred A)
- 1 sudu besar esen vanila

Cara Penyediaan :

1-Masak agar-agar dengan 3 cawan air sehingga agar-agar larut sepenuhnya.

2-Masukkan gula dan kacau hingga sebati. Then tutup api dan biar dia sejuk. Tapi jangan biar dia sejuk sangat-sangat sampai jadi keras pulak. Suam-suam tu pun ok dah.

3-Okay next step, putar telur bersama esen vanila sehingga telur tu kembang. Sampai nampak   macam buih gitu. Mak aku cakap selagi buih tu tak nampak bertanduk selagi tu kena putar. Aku pun pelik macam mana tah bertanduk tu. Takkan buih ada tanduk lol. 

4-Lepas dah putar telur tu dan buih terbentuk elok, masukkan sedikit demi sedikit agar-agar tadi. Sambil-sambil tu kacau. Ingat ye, jangan letak agar-agar yang masih panas, nanti hancur buih tu. Karang dah tak jadi puding buih pulak. 

5-Okay dah siap! Bolehlah tuang dalam loyang ataupun bekas-bekas yang cute-cute. Nanti bentuk dia jadi cantik hehe


Note : Sebaiknya esen vanila tu letak banyak sikit. Sebab kalau letak sikit bau hanyir telur masih ada. Nanti nak makan pun tak senang sebab bau telur..



Bahan-bahan (untuk KUAH
             

-1 tin susu pekat manis
-1/2 tin susu cair
-3 tin air @ 3 tin + 1 cawan air
-4 sudu besar tepung kastard 

Cara Penyediaan :

1-Masukkan susu pekat, susu cair dan air dalam periuk. Buka api dan biarkan dia mendidih.

2-Dalam pada itu, sediakan tepung kastard yang sudah disebatikan. Jangan biar dia berketul-ketul.

3-Bila susu dalam periuk tu dah mendidih barulah masukkan tepung kastard tadi. 

4-Kacau hingga ia menjadi pekat sedikit dan siap!

Note : Aku letak 3 tin air, tapi dia jadi manis. Tapi kalau suka manis tak kesah la letak 3 tin aje air. So aku cadangkan 3 tin lebih sikit air tu kalau korang takleh manis-manis sangat. Hope membantu ..


Selamat mencubaa!






Tuesday 15 August 2017

Book Review

Anthem : Hlovate

Oh-la-la habis jugak akhirnya baca ANTHEM by Hlovate. Semangat tak semangat aku baca bagi habis awal-awal sebab tarikh pemulangan buku tu dah dekat. Ya, aku pinjam ini buku dekat public library lagi hahaha. Dah memang terang tang-tang sederet buku Hlovate terpacak dekat rak, maunya aku tak kebas semua kan. Pelangi, Versus, Rooftop Rant and Anthem. Rugi nau tengok saja!

So macam tu la, petang tadi dengan rasminya aku habis baca Anthem dari kulit ke kulit. Yayyy! Best-Best-Best hehe.. Macam biasa la kan, Hlovate memang tidak pernah menghampakan. Setiap buku dia memang aku bagi thumbs up la hoho.

Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future

Anthem. Kisah pasal budak bernama Nur Dania Dashrin yang terlebih westernized dalam menjalani liku-liku kehidupannya. Masa silam, masa sekarang dan masa akan datang. Dari awal sampai akhir, memang boleh nampak la perubahan yang berlaku pada watak Dania or Dash ni. Dan bukan saja watak ni je, watak lain pun berubah jugak. Macam Haikal dan Lee.

Senang cerita, aku rasa buku ni sesuai sangat untuk orang yang nak berubah. Macam Versus jugak! Gaya penulisan yang santai dan sempoi tidaklah terlalu memberi tekanan dekat pembaca. Aci sambil makan kacang pun boleh!

 Penulisan pasal tarbiah pun boleh kata bukanlah ditulis dalam setiap bab secara berturut-turut. Cuma ada sedikit diselit dalam selang beberapa bab. Dan bagi aku, cara tu agak bagus untuk tidak memberi impak bosan kepada pembaca. Walaupun ada aje orang komen yang “Ah, boring. Asyik tulis tazkirah aje!” Haa, jujurnya aku ada kala ada jugak rasa macam tu. Well, aku pun manusia yang iman dia turun naik, turun naik sepanjang masa. Tapi dalam pada itu, syaitan-syaitan jahat better kita karate tepi. Tazkirah tu bukan saja-saja aje la dia karang! Mesti dia nak deliver something dekat korang semua dekat situ kan haa. Nak-nak bagi siapa yang rasa diri dia pernah lalui semua perkara macam Dash tu. Aku ni pun rasa bersyukur gila sebab lahir-lahir aje dah dididik dengan ilmu yang berpaksikan Islam. Sembahyang, baca Quran, puasa dll. Pakai tudung pun memang dari kecik dah pakai walaupun masuk form 1 baru istiqamah pakai dah tak tanggal. Hehe aku matang lambat sikit.

And then bila aku baca pasal Dash dan pasal Minn, AO, Ked (Versus), aku macam baru realized akan dunia luar. Aku sendiri tak boleh bayang macam mana rasa perubahan itu sebab aku tak pernah rasa. Perubahan yang membawa kepada nama-nama-yang-aku-sebut-kat-atas tu ke arah yang lebih baik. Cerita pasal Dash yang pada awalnya hidup macam orang Barat gila-gila la dengan rambut depan meriah dengan streaks of midnight blue, choker berduri dan rantai macam tangkal di leher, telinga dengan subang cincin, singlet wife-beater, jean gedoboh, tali pinggang besi, cincin skull dan etc. Maybe dah macam punk or gothic kot. Dan akhirnya tak sangka Dash ni boleh berubah. Elok-elok Dash berubah, aku rasa macam nak debik BadLee je pulak ngeh. Kuang asam punya Hitler!

Dan juga pasal kena judge dengan orang sekeliling tu macam dah jadi perkara biasa dekat Dash ni. Mana taknya, kena campak dekat sekolah di Malaysia. Sekolah yang semua budak pompuannya pakai tudung. Memang semua dok mengata dekat Dash la dengan gaya pelik dia tu. Seriously aku pun tak boleh nak rasa macam mana perasaan Dash masa tu. Sakit hati?

Well, people keep judging. Aku tau pasal tu. Bila kau jahat orang judge. Bila kau baik pun orang judge. Senang cerita, manusia ni memang takleh lari daripada jugde orang. Kalau nak hidup senang bahagia aman, takyah duk peduli sangat cakap orang. Tapi, tapis-tapis jugak la. Yang baik kita ambik, yang tak baik kita buang jauh-jauh. Means, bukan tak terima langsung teguran orang.

Bukan semua yang orang lain buat itu betul, dan yang kita seorang buat salah. Dan bukan semua yang kita buat itu betul, dan yang orang lain buat salah. Thats it!

So, baca tu biar hadam habis-habisan setiap patah perkataan. Jangan gatal-gatal tangan pulak nak skip dekat bahagian tazkirah dan Islamic quote! The book know what you do hey!

So far buku ni bagus la. Banyak perkara yang aku belajar. Hlovate memang tak sah tak buat aku terkinja-kinja buka google dan search for something. Sebab memang awal-awal aku baca buku dia memang akan keluar la perkataan yang bagi aku perkataan luar alam. Macam dalam several first chapters tu, ada perkataan Blessing Scholastic, Trombone, Tuning, Four four, C major, Woodwind dll..and dekat tengah-tengah buku ada pasal makanan-makanan dekat Delhi tu semua, pasal Taj Mahal dekat Agra, pasal National Rose Garden Delhi yang ada dekat 250 jenis bunga ros, pasal pasar bunga Connought Place yang ada bermacam-macam jenis bunga dan dijual dengan harga sangat-sangat murah dan banyak lagi pasal-pasal lain. Terbuka habis minda aku.

Memang frust jugak mula-mula tu sebab memang aku tak tau sangat pasal instrument muzik ni. Aku baca pun main aci baca aje dulu. Yang lagi frust bila habis baca baru perasan ada glosari dekat belakang buku. Arghhh! Penat-penat aku google hampeh. Tapi, it’s okay. Aku banyak belajar dowh. Kali ni rasa macam masuk kelas muzik pulak!

Okay dah la kut sesi membebel aku. Aku rasa dah terlebih panjang pulak aku review. Sorry la kalau book review aku ni dah macam bukan book review sangat hee. Apapun, aku rekomen semua orang baca la buku ni. Tak rugi pun baca, dapat faedah lagi ada ah! Ngee.

Okay, tu aje setakat ni.
XoXo Hlovate!



                                       Gambar pak cik google

Blessing Scholastic - salah satu model trombon Yamaha
Woodwind - bahagian dalam pancaragam yang terdiri drpd alat-alat muzik yang kebanyakan pakai reed (pipit). Macam gambar kat atas tu ha.
Tuning - warming up untuk band/orkestra sebelum mula latihan

Third-Culture Kid -  terms used to refer to children raised in a culture other than their parents' (or the culture of the country given on the child's passport, where they are legally considered native) for a significant part of their early development years.

Monday 7 August 2017

Book Review

Versus : Hlovate


Assalamualaikum and hi! Okay kali ni aku nak review pulak pasal buku VERSUS by Hlovate. Buku ni nampak aje nipis, tapi makan dua hari jugak aku nak perhabis huih. Okay tanpa banyak cakap jom proceed terus..

Versus. Kenapa Versus? Okay meh sini aku cakap. Buku ni nama dia Versus sebab cerita ni berkisarkan tentang perubahan yang dilakukan oleh Minn Edina (lol, Edina tu macam nama watak dalam cerpen aku haha!) daripada zaman gelap ke zaman yang lebih cerah. Simple said, penulis nak bagitahu kita macam mana susahnya perubahan itu. Dan susahnya untuk watak meninggalkan zaman gelap, which mean zaman yang hidup tidak berpaksikan Islam. Betapa susahnya Minn untuk melawan perasaan dia untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dan bukan setakat watak Minn sahaja yang berubah dalam novel ini, tetapi Ashraff Omar (AO) juga berubah. Bahkan perubahan AO jauh lebih mengejutkan sampaikan Minn turut sama terkejut sehingga dia menganggap AO sekarang bukan lagi AO yang dulu dia kenali. So macam tu la..

Dan kisah Minn dan AO ni unik dan kelakar jugak. Yalah, kenal dekat Malaysia, tapi kahwin dekat Australia. Nak boleh ke berkahwin tu mau berkajang-kajang kertas kena tulis sebab dua-dua macam main tarik tali dalam tepung. Minn pulak ada rasa patah hati dengan AO dan rasa diri dia tak layak berganding dengan AO sebab dia rasa AO jauh lebih baik daripadanya. Punyalah dia nak lari dari bertemu muka dengan AO, last-last jumpa jugak! Orang cakap apa, kalau dah jodoh tak kemana kan? Hehe. Sweet je bila ex-skater kahwin dengan ex-skater. Subuh-subuh lagi dah keluar skate sama-sama, skate hand in hand pulak tu phew!

Oh ho Versus ni banyak cerita pasal skate jugak tau! Maklumlah, Minn ni adik kepada Ked Flop jaguh skater tu haa. So memang banyak jugak ah aku tau pasal skateboard ni. Dan jugak pasal BOTY (Battle of The Year) dan SYTYCD (So You Think You Can Dance). Macam hidup dalam tempurung aje aku sebab tak pernah tahu pun pasal show ni. Tak tau pun benda ni semua wujud LOL. Tapi pelik jugak sebab Ked, Minn, Che'E layan habis tengok show ni hahahaha! Kalau aku rela tengok drama hehehe. Tapi bila tengok budak b-boying tu, aku rasa not bad laa. Hebat jugak, stunning kejap aku sampai dengan aku sekali rasa nak dance. 

Honestly aku cakap, kalau rasa nak berubah tu, aku cadang sangat-sangat buku ni. Kiranya kau tak ah terus baca buku agama yang high level terus. Nanti karang stress pulak. Islam ni mudah dan menyenangkan. Jangan risau. Kalau ada niat nak berubah, mulalah dengan first step. Lepas tu kalau rasa dah stabil sikit, ambik step seterusnya, seterusnya dan seterusnya sampailah kau jadi seorang yang hidup betul-betul berpaksikan agama. Ianya tak susah dan tak jugak senang. Tapi kalau niat tu betul, apa-apa pun boleh jadi mudah nanti. Ambik teladan daripada cerita Minn dan AO ni dan Have Faith in Him.

Jeng jeng jengg..amacam dengan Ked? Ofkoslah Ked frust sebab tak dapat kahwin dengan Nawal. Kesian dowh hahahaha okay aku gurau. Ked tu tak sabar-sabar nak kahwin dengan Nawal sebab jealous tengok Minn dengan AO yang bahagia duaplohpatjam. No worries, ending dia best. Tak percaya pegi baca. 

Aku ingat nak share anatomy of skateboard kat sini. Tapi maybe lain kali ah sebab aku tak jumpa gambar yang elok. Kalau jumpa aku update balik. So rasanya setakat tu aje review aku asal buku ni. Aku bagi 4 stars out of five!  

XoXo Hlovate!


Sudut Info (Things tht i want to remember)

Backside melon-skate trick
Backside lipslide-skate trick
Tailslide- skate trick
Crooked grind-skate trick
Ollie-skate trick

Mizone - minuman isotonik seperti 100plus

AO - Aaron Owens. Aaron Owens, better known by his nickname "AO", is an American streetball player from North Philadelphia. In 2013, Owens participated in the Ball4Real World Tour. He was on the AND1 Mixtape Tour from its creation until 2007






Tuesday 25 July 2017

Book Review

Pelangi: Syud,Hlovate,Noor Suraya

Pelangi merupakan naskah yang dihasilkan oleh tiga orang penulis hebat (Syud, Hlovate dan Noor Suraya). Bagi aku semua cerpen dalam Pelangi ni best dan ada moral dia yang tersendiri. Kisah percintaan itu ada, tapi penceritaan tentang cinta itu tidaklah melampau seperti novel-novel romantik di luar sana. Aku rasa buku ni highly recommended untuk young adult kat luar sana! Bolehlah jugak isi masa terluang kan daripada hadap phone dan laptop je terus hee.

So first sekali aku nak kupas pasal cerpen pertama dalam Pelangi, which is Pelangi by Syud! Aku rasa ni first time aku baca novel from Syud. Tapi first time pun, aku rasa Syud ni memang penulis yang hebat!
Aku pinjam buku ni dekat public library la weh haha


Pelangi : Syud

Memandangkan aku ni kaki novel, so dari awal aku dah boleh agak macam mana plot story ni hehe. Cerpen ni mostly mengisahkan pasal seorang gadis yang bernama Iman Aisyah dan seorang lelaki yang bernama Usamah Razif. Kalau nak dipendekkan cerita, dia orang ni kahwin sebab aturan keluarga dan bukan sebab dah lama bercinta ke apa. Semuanya sebab mak Usamah yang sudah berkenan sangat dekat Iman nak dibuat menantu sejak first time jumpa masa kenduri tahlil mak Iman. Daripada biar anak lelaki sulung dia tu membujang terus, baik dikahwinkan aja. Lagipun Usamah ni okay je bila mak dia nak tolong carikan calon isteri untuk dia.

Dah kata pun perkahwinan aturan keluarga kan, so pertemuan buat kali pertama pun kena atur jugak! Memang pertama kali jumpa tu terkejut jugaklah sorang-sorang tapi dia orang okay je. Usamah pun macam dah jatuh hati. Aku suka sangat watak Usamah, sebab walaupun dia pernah jadi bad boy tapi perangai dia dalam buku ni tak macam pernah jadi bad boy pun! Cuma dia usik-usik adik perempuan dia tu ada laa. Comel je. Iman pun bagi mark bonus dekat Usamah sebab dia pandai layan adik perempuan dia, Alia.
Aku ada suka satu part dalam cerpen ni, dan masa tu Usamah tengah terkial-kial nak pakai tie. Iman pun tolong.

“I wonder siapa cipta tie ni?” Iman menyoal.
“Maybe a guy yang kurang kasih sayang kut.” Usamah.
“Kenapa?”
“Look at us…tak nampak ke macam happily married couple?”
“Boleh judge macam tu je ke?”
“Kenapa? You ada rasa nak jerut leher I pakai tie ni?”
“Sometimes. Bila I geram dengar you kenakan I.”
“How long have we been married?”
“Sebulan?”
“Right. Dan dalam masa empat minggu ni, berapa kali je I could see those 
 beautiful eyes looking into mine when we’re having a conversations.”
“You tak selesa dengan I?” tanya Usamah lagi.
“Yeah.” Iman
“Kenapa?”
“Sebab I tak biasa. I…”
“So good that tie was invented right?”
“Hah?”
“Macam I cakap tadi, I kata tie inventor tu mungkin somebody yang   kekurangan kasih sayang..so bila you tolong pakaikakn tie tadi,    sekurang-kurangnya we do look like a happily married couple.”

(m/s 90)

Flow cerita ni cantik ah, dia orang kahwin dan happy je. Tapi macam biasa, bukan kehidupan kalau tak ada konflik dan masalah en. So dikatakanlah ada satu makhluk ni dok sibuk buat onar dalam cerpen ni. Menyampah jugak aku! Sampai Iman tu boleh jadi merajuk dengan Usamah. Tapi korang rilek je. Tak lama pun makhluk tu buat onar sebab cepat je tembelang dia pecah.

Boleh kata semuanya happy ending. Jangan takut ah nak baca ye. Aku yang dah habis baca ni pun boleh tersengih-sengih lagi dek penangan cerita Usamah dengan Iman ni haih! Aku tak naklah cerita panjang-panjang kat sini, karang aku cerita semua tidoknya kome semua nak beli dan baca kan?! HAHAHA!

So far semuanya bagus! Plot, gaya penulisan, penggunaaan bahasa and etc semua bagus! Nice ah. Maybe aku patut baca karya Syud yang lain pula lepas ni hee, why not kan?



Ked’s Story : Hlovate

Aku tak ingat dah ni novel Hlovate yang keberapa aku baca sebab mostly semua novel Hlovate aku dah baca. First novel dia yang aku baca ialah aA+bB. Lepas tu baru aku baca Tunas. Kau tau aa macam mana frust gilernya aku ni!! I supposed to read Tunas first, and then baru aA+bB dowh! Sebab aA+bB ni sequel kepada Tunas! Tapi, it’s okay laa. Yang penting semuanya best!!

So sekarang Ked’s Story pulak. Cerita dia berkisarkan seorang skater tegar dengan seorang gadis bernama Hadiah hahahaha! Memang happening cerita dia. Nak-nak dengan perangai Ked yang terlalu obses dengan minat dia tu! Sampaikan fingerboard pun dia ada!

Oh lupa, Ked tu actually nama watak utama lelaki dalam cerpen ni. Ked Flop, atau nama sebenar dia Khalid Faizal. Comel kan? Hahaha. Tu yang aku suka pasal hlovate ni. Nama watak dia pelik-pelik, tapi comel!

Plot cerita ni pun okay and best. Nampaklah perkembangan dan perubahan satu-satu watak tu. Ked yang dulu ala-ala backstreet boy je, sekarang ni dah matang. Pandai pulak tu main-main hati dengan Hadiah! Shuvit. Hahaha, first tu aku gelak jugak ah, apekenama nama dia Hadiah ke? Macam tak kena je kan? Tapi lepas aku baca tu baru aku tahu, Hadiah tu maksud nama dia. Nama betul dia Nawal. Ngee comel jugak yang ni!

Macam mana Ked kenal dengan Hadiah? Haa yang tu korang kena baca sendiri laa. Part tu aku tak nak cerita. Dia orang kenal dan jumpa pun tanpa dijangka. Yalah kan, sampai Ked meletup-letup marah dekat Nawal, boleh kata bukan pertemuan yang baiklah kan huhu. Haru betul laa Ked ni!

Cara penulis tonjolkan watak Nawal tu pun aku suka. Walaupun belajar dan duduk dekat Florida, Nawal ni tetap setia berbaju kurung. Like most of the time. Tapi, ada kala dia pakai jugaklah blaus ke apa. Ikut kesesuaian tempat dia nak pergi. Sampaikan Ked Flop pun ada tegur dia like “Kau memang suka pakai baju kurung ke?”.

Kisah Ked dan Nawal memang sweet. Mula-mula memang dua-dua jadi chaperone kepada kawan masing-masing, tapi lama-lama jadi terpaut hati pulak! Dah asyik berjumpa aje kan, mana tak timbul rasa lain macam tu. Ice antara dia orang pun boleh kata jadi lebur dah. Walaupun Ked ni bukan jenis sweet talker dan pandai ambik hati orang pompuan, tapi bagi aku Ked ni okay je watak dia. Cool!

Satu lagi, bila aku baca buku hlovate ni macam-macam perkara baru yang aku tahu. Kalau dalam Ked’s Story ni, aku banyak tahu pasal skate dengan deck. Pasal ramp, rail, fingerboard, bearing dan macam-macam lagi ah. Sampaikan aku rasa macam masuk kelas belajar pasal deck pun ada. Dengan nama deck dia yang aku rasa taklehblah. Atkins Diet, Foundation Pop Top Logo, Hellrose Burning Rose, Hellrose Burning Skull and banyak lagi. Tak tahu pulak aku deck ni pun ada jenis-jenis dia yang tersendiri. Tapi thanks to hlovate sebab tulis pasal semua benda ni heeee. Hashtag aku suka LOL!

Tapi korang jangan frust pulak bila habis baca Ked’s Story ni. Sebab dalam Pelangi memang Ked’s Story ni macam sekerat jalan je. Sambungan dia ada dalam Versus. So apapun korang kena bacalah Versus pulak kalau nak tau lebih lanjut. Jangan menangis dekat bucu katil lagi naa. Peace no war, nanti kalau ada masa aku review pulak pasal Versus!

Rumah Kecil di Ujung Padang : Noor Suraya

Haa, lagi kebelakang, lagi best tau cerita dia! Aku ni pun dah penat sengih-sengih dengan keluar air mata ni. Ada part yang kelakar, ada yang geram, dan ada jugak yang rasa nak nangis. Memang aku rasa nak jerit kat semua orang suruh baca cerita ni! Best wallawehh!

Okay cerpen last ni pasal seorang gadis yang bernama Durrah. More specifically, Ungku Durrah. Durrah ni tinggal dekat Pulau Duyung, Terengganu dengan keluarga dia. Atau aku boleh kata keluarga angkat dia. Yes, Haji Hambali dengan Hajah Halima tu just ibu bapa angkat Durrah. Bukan mak ayah sebenar dia. Durrah ni pun dah sedia maklum pasal perkara ni dari awal.

Asalnya Durrah ni happy je tinggal dengan umi dan abah angkat dia tu, tapi ada satu konflik yang buat Durrah tidak betah tinggal dengan keluarga angkat dia lagi. So, masa tu la Durrah decide nak pergi dari Pulau Duyung tu dan nak balik kepada keluarga kandung dia di Bandung. Mula-mula aku tak setuju jugak dengan Durrah ni sebab aku macam takleh terima kenyataan keluarga Durrah ni orang Bandung. Pelik kan? Hahaha.tapi entahlah aku macam tak berapa suka. Tapi last-last tu aku okay je.

Sebab apa Durrah tiba-tiba nak balik Bandung? Haa yang tu baca sendiri. Kalau aku cerita sampai ke subuh esok pun tak habis kut. Konflik Durrah dengan anak-anak keluarga angkat dia tu banyak sangat! Mula-mula dengan Mubin, pastu Nabil pastu dengan Haiqal pun ada. Semuanya cari pasal! So far, Haiqal je yang okay sikit.

Dalam cerita ni jugak aku boleh lihat macam mana susahnya Durrah nak adapt dengan keluarga baru dia which is keluarga kandung dia. Tapi tak kandung mana jugaklah sebab ayah kandung Durrah ni dah kahwin dengan perempuan lain selepas beberapa tahun mak Durrah meninggal. So, Durrah ni ada mak tiri laa. Tapi mak tiri dia taklah kejam macam mak tiri bawang putih dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah tu hahahaha!

Semua ahli keluarga baru dia tu baik, termasuklah adik-adik baru dia. Cuma ada sorang adik tiri dia yang kurang ngam sikit dengan Durrah ni. Umur dia sebaya je dengan Durrah, tapi kerek, mengada dan manjanya terlebih pulak! Aku yang baca pun rasa nak lempang adik dia tu.

Hah, satu lagi aku rasa Durrah ni ada masalah sikit dengan hidup dia. Dia pergi je mana-mana, selalu aje ada masalah yang timbul. Boleh kata masalah hati dan perasaan dia. Kalau dekat Terengganu, hati dia sibuk berperang dengan hati Mubin dan Nabil. Kalau kat Bandung tu pulak hati dia main-main dengan hati Doktor Heru. Haiqal anak sulung Hajah Halima tu pun tidak terkecuali, Ada hati rupanya dengan Durrah.

Aku tak tahulah macam mana perasaan Durrah. Adakala aku rasa Durrah tu sendiri tidak faham dengan perasaan dia. Hati dia macam berbolak-balik. Kejap kesini, kejap kesana. Tapi ‘lelaki-lelaki’ tu semua pun tak patut jugak buat Durrah macam tu. Macamlah hati Durrah ni boleh main campak-campak je dekat sesiapa. Mujurlah sekarang Durrah dah pandai berkata-kata dan bijak dalam menentukan sesuatu perkara. Durrah juga dah ada cita-cita dia yang tersendiri. Durrah dah matang dan hidup dia tidaklah bersedih lagi!

Tengah-tengah aku baca cerita ni, memang aku doa sangat-sangat yang Durrah ni tak kahwin dengan orang kat Bandung tu. At least, kahwinlah dengan orang Malaysia walaupun bukan dengan anak Hajah Halima tu. Sebab aku pun rasa macam sayang je kalau Durrah tinggal dekat Bandung tu untuk selama-lamanya. Memang ayah kandung Durrah berhak terhadap Durrah, tapi kesian jugak dekat Hajah Halima yang bersusah payah menjaga dan menyayangi Durrah selama ini. Lagipun Hajah Halima dah anggap Durrah tu macam anak kandung dia sendiri, bak kata Hajah Halima Durrah itu buah hati dia.


Cerpen ni memang best dan menarik! Sedar tak sedar aku boleh habiskan cerpen ni dalam separuh hari je. Haa, nampak tak betapa menariknya plot dia sampai buat aku baca non-stop dari tengah hari tu sampai petang. Laju tak laju aku baca sebab nak tahu ending dia macam mana. Dengan penulisan dalam bahasa Indonesia tu boleh gelak jugak aku baca. Sikit-sikit dah boleh belajar bahasa tu. Ingat lagi aku bila Ibu Rini nak sebut toilet, tapi dia sebut wese. First time aku dengar perkataan tu heee.

Sebenarnya memang banyak ilmu baru yang aku dapat dari cerpen ni. Tapi tak mampulah aku nak tulis semuanya kat sini. Kalau aku tulis dah tentu panjang giler laa jawabnya. Tak pun akak Noor Suraya marah nanti sebab dah macam nak copy dia punya cerpen haha!

So aku rasa aku stop kat sini aje kot sebab aku dah tak tahu nak cerita macam mana dekat korang tentang happening nyaa cepen ni. Kadang-kadang benda yang kita suka itulah yang susah kita nak explain kan? Macam cerpen ni laa. Aku tak tau nak ambil part mana yang best huhu! Oh ye, ending dia aku suka hehe. Kalau korang nak tau siapa yang Durrah pilih sebagai pasangan hidup dia, korang kena bacalah. Antara Mubin, Nabil, Haiqal dan Doktor Heru, korang rasa yang mana? Tekalah! Hahahaha, sweet dowh. Nak nangis aku.

Akhir kata, Pelangi terbaik ah! Love you Syud, Hlovate and Noor Suraya! XoXo!








PENANG TRIP ( 2 DAYS I NIGHT)

5 OCTOBER 2018 Assalamualaikum and hi! So post kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku sepanjang trip ke Penang dengan hous...