So post kali ni hanyalah sebagai kenangan untuk tahun 2018.
So far yang aku ingat aku akan kenang balik, not really kenang laa but hm
whatever laa hee suka hati aku laa nak tulis apa!
Disebabkan aku lupa nak tulis ermm bukan lupa laa tapi malas
nak tulis dalam journal aku tentang apa dah jadi sepanjang hari-hari aku dalam
2018 ni (contohnya macam important event throughout the year laa), so aku
terpaksalah tulis dekat sini. So bila tua-tua nanti bolehlah tengok balik dan
baca balik apa yang aku buat time muda..kalau panjang umur inshaAllah.
Seingat fikiran aku yang waras ni, early of 2018 tu aku
start dengan semester 2. And I don’t really remember what happened during
semester 2 sebab macam jauh sangat jarak dia plus dengan tahap ingatan aku ni
yang macam jenis short term memory so memang sah-sah tak ingat sangat. Tapi aku
rasa semester 2 quite tough jugak laa sebab aku ingat aku pernah nak mengamuk
gara-gara si assignment itu. Heh, padahal semester 3 pun nak mengamuk jugak.
Lebih teruk adalah!
Well, tak mahu laa cerita pasal yang tak best nak mengamuk,
nak makan orang, nak sepak orang semua tu kan. Macam buat sakit otak je fikir.
The past is past. Yang buruk kita ambik buat teladan, yang baik kita jadikan
contoh atau pedoman..
So far yang aku ingat, 2018 ni banyak yang perit, dan banyak
jugak yang happy. Like ada situation yang aku kena adapt with something new,
ada yang aku kena lalui sorang-sorang dan ada yang aku rasa bersyukur
sangat-sangat dengan apa yang Allah aturkan untuk aku. Like we might see
something bad for us, but perhaps it is good for us. And we might see something
good for us, but perhaps it is bad for us.
“But perhaps you
hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad
for you. And Allah Knows, while you know not”
[2:216]
And yes, I really feel grateful for what had happened to me
throughout the year. I had enough time to spend with my family and my friends. Chilling
around even though ada assignment yang berlambak and dapat habiskan masa buat aktiviti
yang aku tak pernah buat sebelum ni. Contohnya, before this i told myself not
to go hiking anymore after I went hiking at Broga in 2016? And look what I did
in June 2018. I went to HIKE AGAIN!! Hahahaha aku rasa nak gelak pun ya jugak.
Tapi itulah, lepas aku balik hiking daripada Bukit Keluang tu, tak ada pula
rasa “ni kali terakhir aku pergi hiking, lepas ni tak nak dah!”. Makin nak
pergi hiking adalah hahahaha sibuk pulak cari next destination for hiking.
Walaupun agak mencabar tapi syok tau dak.
pss// randam story //
Alkisahnya, time aku tengah dok mendaki bukit keluang hari
tu, ada peristiwa yang buat aku nak gelak bila ingat balik. Masa awal-awal tu
memang nervous gila and takut habis sebab terkejut dan tak tau nak buat apa.
Yelah, syok-syok aku daki bukit tu dengan tak ada orang dekat depan, tiba-tiba
aku nampak something yang merangkak turun. Aku perhati la betul-betul apa benda
tu (maklumlah orang rabun macam aku ni memang bermasalah sikit). Dalam hati
memang cuak habis! Bila mata aku dah boleh kesan apa benda tu, memang aku
menjerit lah. Rupanya binatang berbulu yang suka bergayut dekat pokok tu. Aku
tak tau laa beruk ke monyet, heh tak sempat nak tanya sebab aku lebih dulu lari
turun balik dari bukit tu. Time tu dah gelabah panggil Ain dekat bawah
hahahaha! Cuba kau bayangkan turun bukit dengan gaya berlari. Haa ofkos rasa
macam nak tergolek je kan! So aku turun tak laju laa sampaikan binatang berbulu
tu boleh pintas aku. Yang buat aku tercengangnya, binatang tu tak kacau aku
pun. Selamba badak je dia lalu tepi aku pastu turun bawah. Aku je yang over
bagai nak rak berlari turun. Huh buat malu je tau dak!!
So itulah kisahnya hehe..
So selain pergi hiking dekat Bukit Keluang, aku ada jugak
join run. Sebelum ni memang tak pernah sekali pun lagi aku join run. First
masuk run yang Unikl MFI anjur, second masuk yang Unikl MIAT anjur. Kalau
ikutkan nak masuk Barbie run sebab medal dia lawa gila tapi aku tahu lambat
sangat pasal run tu so melepasss!
Dan aku jugak pergi Penang dengan housemate aku dalam awal
bulan October. Bagi aku trip tu happening laa sebab tu first time aku sampai
Penang hahahaha! Walaupun pergi dalam dua hari je, tapi aku rasa worth it laa dengan
pengalaman yang aku dapat. Tu tak sebut lagi dengan apa yang kita orang lalui
time dekat sana hahaha dugaan dohh!
Then, seingat aku dalam pertengahan bulan October jugak, aku
ada join caving dekat Maloi hmm dekat daerah mana entah aku tak ingat. Tapi dekat
negeri Sembilan lah. Kalau dari Kajang tu dalam sejam setengah jugaklah nak
sampai sebab tempat dia area pedalaman sikit. Ni satu lagi aktiviti yang first
time aku buat. Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak pergi caving, tup-tup ada
orang minta tolong gantikan tempat dia (you know who). So aku pun why not laa
kan try pergi caving sekali. Bagi aku memang tak rugi laa pergi sebab best weh
caving ni walaupun sejuk gila! At first, takut-takut jugak laa main dalam air
ni yelaa kut-kut ada pacat ke lintah ke ular ke kann. Tapi lepas dah berendam
berjam-jam dalam air lama-lama dah tak takut. Yang tak bestnya bila main dalam
sejuk-sejuk ni kaki aku senang nak cramp. So tengah-tengah caving tu dua tiga
kali jugak la kaki aku dok cramp. Haru betul! Duduk rumah time sejuk-sejuk pun
aku boleh cramp, memang tak sah la dalam air aku tak cramp!
To me 2018 ni boleh jadi tahun yang adventurous, tahun yang
aku discover something new and tahun yang santai-santai? Hahaha so far 2018 was
good and I kinda love what I went through in a year. Aku rasa caving tu last
aktiviti yang aku buat sebelum aku start focus pada assignment and study
betul-betul. So yeah, alhamdulillah for everything. I managed to survive in
2018!
Hello 2019!