melonmania

Wednesday, 9 January 2019

PENANG TRIP ( 2 DAYS I NIGHT)

5 OCTOBER 2018


Assalamualaikum and hi!

So post kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku sepanjang trip ke Penang dengan housemates aku (enot, pinja and kim). Sebenarnya kiteorang dah rancang trip ni dah lama like a month before kiteorang pergi but yeah orang cakap kalau kita rancang biasa tak jadi kan? So kiteorang memang hampir give up time tu sebab ada yang cakap tak jadi pergi, busy and etc.. y'know student during week 13 and above memang busy (rolled eyes).

But we make it happened! plan asal kiteorang nak pergi akhir bulan october, tapi memandangkan akhir bulan tu busy and banyak presentation, and assignment kena submit so kami tukar ke awal bulan hehe. and then semua orang ON! Okay shootttt!

A night before we arrived Penang

So apparently, we went there by bus sebab harga tiket bus murah sikit daripada transport lain. Like around RM40 something ? And kiteorang bertolak dari ktm Kajang dalam pukul sepuluh and sampai dekat TBS dalam pukul 10.30?? Entah aku tak ingat, yang aku tahu tiket bas kiteorang pukul 11.59 p.m?  Oh aku lupa jugak. Sorry, short-term memory..

Yang aku ingat aku naik bas Billion Star, bas tu dua tingkat and seat dia luas giler and bas tu sejuk gila like huwaa nak nangis aku duduk dalam bus tu. Tapi nak tak nak tidur aje laa walaupun banyak kali jugak tekejut dan ubah posisi badan. Sejuk kut! So dalam pukul 5 a.m kiteorang sampai dekat stesen bus Butterworth (its not fully developed yet as it is under renovation process i guess). Then, after turun daripada bus tu kiteorang cari surau and toilet terus. Solat, mandi and rehat-rehat kejap before we off to jetty untuk naik feri.





DAY 1

Y'know, this is the first time i went to Penang and naik feri ofc first time jugak and am sooo excited gilerr. Like memang aku act like orang jakun lohh! Time naik feri tu aku dengan housemate aku duk kehulu-kehilir macam orang tak betul sampai ada pak cik tu duk tengok je kiteorang hahaha tapi buat bodoh aje lah.






                               Memang 100% guna public transport. Harga pun cun dan murah!


Turun dari feri, kita orang cari bus ke Komtar. Then, dari Komtar naik bas no 101 or 102 untuk ke Teluk Bahang. Dekat komtar ni laa kisah pelik terjadi hahahaha memang aku takkan lupa. This is my first time ever went to Penang and suddenly one of mak cik at Komtar tu greet us like .. like whats wrong with you mak cik? Seriously aku memang terkedu gila dengar apa yang dia cakap. Dalam hati memang meluap-luap nak marah tapi mujur aku ni orang yang sabar. Dan mujur jugak ada Husna yang pandai selamatkan keadaan. Aku tak tau laa apa akan jadi kalau lagi lama aku duduk situ. Hee meletop dah kot!





Breakfast Nasi Lemak pagi tu dekat Komtar
(tapi tak habis hehe...







Okay laa, i’ll make it short. So lepas naik bas ke Teluk Bahang dari Komtar..dalam sejam lepas tu baru sampai dekat Teluk Bahang. So sampailah kiteorang dekat ESCAPE PARK!

Dalam pukul 9.30 a.m start masuk dalam escape park. Sewa loker, claim transportation fee (yang ni korang boleh claim balik duit yang korang guna untuk transport ke escape park. So make sure simpan resit tu) and then boleh start masuk main terus.







Sampai-sampai tu ofkos laa bergambar duluuu!











Guna fingerprints and code yang diberi untuk masuk. Kalau keluar boleh keluar macam tu je





Adventure Play Park

                                       



Monkey Business! Ada 3 level tidak termasuk yang kanak-kanak punya. Main ni better bawak glove kalau tak habislah tangan yang cun-melecun tu...  (kiteorang main sampai level 2 jee sebab penat namateyy. Flying fox paling best so far)




Kalau dekat Sunway dikelilingi bandar, dekat sini dekelilingi pokok-pokok. Tenang je tengok dan bebas daripada hiruk-pikuk kota





Ni gambar pak cik Google. Curi kejap..




Pool yang ada dekat situ. 



Berkayak. Memang BEST!
First tu kiteorang naik empat orang, pastu terbalik sebab tak stabil hahaha buat malu jee








Seriously aku cakap memang best gila laa escape park ni. Berbaloi laa walaupun tiket dia mahal (tiket ni kiteorang book seminnggu sebelum pergi, so mahal laa sikit, tapi kalau book sebulan dua sebelum pergi konfem dapat murah). Tapi yang tak bestnya tak sempat habis main semua huhu maybe next time kena datang balik.


Memang seharian suntuk kiteorang stay dekat escape park. Pukul 6 petang baru kiteorang balik since dia tutup pukul 6 hahaha! Time ni la bermula kisah duka hahahah hanya kiteorang je tau apa yang jadi hahahaha!

So keluar je daripada escape park, naik bas and then terus check in hotel dekat Georgetown. Kalau ikut plan asal malam tu nak pergi dekat Avatar Mansion tapi semua penat dan muscle semua sakit. So batalkan niat tu. Jadi kitaorang keluar makan je malam tu. Balik makan tu dah pukul 12 so semua kepenatan dan tidur...zzzz




                                          MAKAN MALAM @ NURUL IKAN BAKAR











                                                             

DAY 2



So hari kedua aktiviti kiteorang adalah jalan-jalan pusing Penang. Yang kami target ofkos laa Penang Street Art. So kiteorang jalanlah kaki dari hotel tu..memang tak jauh pun sebab kiteorang dah cari siap-siap hotel yang strategik hahaha dekat dengan Museum 3D art jugak.





Disebabkan petang tu kiteorang dah nak balik, so kiteorang manfaatkan masa pagi tu betul-betul.












































Time jalan tu ternampak ice cream ni. Nampak menarik so beli laa sorang satu..







Harga sebatang dalam Rm7 lebih seingat aku. Tapi rasa dia biasa-biasa jee









Lepas keluar daripada 3D art museum tu cadangnya nak balik terus. Tapi ada yang nak beli jeruk pulekk. Eh sape tuuu 😏😏😂😂. So kiteorang naik Grab dan cari kedai jeruk yang terdekat.









Disebabkan tiket bas takde tengah hari tu, so kiteorang terpaksa ambik tiket pukul 4.30 petang. So, kira-kira dalam pukul 10 malam jugak la baru sampai KL...semua memang kepenatan habis...

Kalau ikutkan memang tak berbaloi pergi time weekend je..so lepas ni jangan laa buat hal meroyan nak pergi road trip time weekend. Boleh nak pergi, tapi kena plan betul-betul laa. Kalau pandai manage masa okay. Just go ahead with your plan.

So aku rasa sampai sini je aku share pasal trip ke Penang hehe..Sebenarnya kalau ikutkan aku nak cerita semua, tapi biarlah yang kelakar, sendu, sedih itu kita simpan dalam ingatan je. Biar jadi memori yang terindah untuk ku kenang di kemudian hari.

Okay thats it!

Bye!

Kalau ada yag baca komen sikit muahh!

Monday, 31 December 2018

Sayonara 2018 !


So post kali ni hanyalah sebagai kenangan untuk tahun 2018. So far yang aku ingat aku akan kenang balik, not really kenang laa but hm whatever laa hee suka hati aku laa nak tulis apa!
Disebabkan aku lupa nak tulis ermm bukan lupa laa tapi malas nak tulis dalam journal aku tentang apa dah jadi sepanjang hari-hari aku dalam 2018 ni (contohnya macam important event throughout the year laa), so aku terpaksalah tulis dekat sini. So bila tua-tua nanti bolehlah tengok balik dan baca balik apa yang aku buat time muda..kalau panjang umur inshaAllah.

Seingat fikiran aku yang waras ni, early of 2018 tu aku start dengan semester 2. And I don’t really remember what happened during semester 2 sebab macam jauh sangat jarak dia plus dengan tahap ingatan aku ni yang macam jenis short term memory so memang sah-sah tak ingat sangat. Tapi aku rasa semester 2 quite tough jugak laa sebab aku ingat aku pernah nak mengamuk gara-gara si assignment itu. Heh, padahal semester 3 pun nak mengamuk jugak. Lebih teruk adalah!

Well, tak mahu laa cerita pasal yang tak best nak mengamuk, nak makan orang, nak sepak orang semua tu kan. Macam buat sakit otak je fikir. The past is past. Yang buruk kita ambik buat teladan, yang baik kita jadikan contoh atau pedoman..

So far yang aku ingat, 2018 ni banyak yang perit, dan banyak jugak yang happy. Like ada situation yang aku kena adapt with something new, ada yang aku kena lalui sorang-sorang dan ada yang aku rasa bersyukur sangat-sangat dengan apa yang Allah aturkan untuk aku. Like we might see something bad for us, but perhaps it is good for us. And we might see something good for us, but perhaps it is bad for us.

“But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not”
[2:216]
And yes, I really feel grateful for what had happened to me throughout the year. I had enough time to spend with my family and my friends. Chilling around even though ada assignment yang berlambak and dapat habiskan masa buat aktiviti yang aku tak pernah buat sebelum ni. Contohnya, before this i told myself not to go hiking anymore after I went hiking at Broga in 2016? And look what I did in June 2018. I went to HIKE AGAIN!! Hahahaha aku rasa nak gelak pun ya jugak. Tapi itulah, lepas aku balik hiking daripada Bukit Keluang tu, tak ada pula rasa “ni kali terakhir aku pergi hiking, lepas ni tak nak dah!”. Makin nak pergi hiking adalah hahahaha sibuk pulak cari next destination for hiking. Walaupun agak mencabar tapi syok tau dak.

pss//  randam story //

Alkisahnya, time aku tengah dok mendaki bukit keluang hari tu, ada peristiwa yang buat aku nak gelak bila ingat balik. Masa awal-awal tu memang nervous gila and takut habis sebab terkejut dan tak tau nak buat apa. Yelah, syok-syok aku daki bukit tu dengan tak ada orang dekat depan, tiba-tiba aku nampak something yang merangkak turun. Aku perhati la betul-betul apa benda tu (maklumlah orang rabun macam aku ni memang bermasalah sikit). Dalam hati memang cuak habis! Bila mata aku dah boleh kesan apa benda tu, memang aku menjerit lah. Rupanya binatang berbulu yang suka bergayut dekat pokok tu. Aku tak tau laa beruk ke monyet, heh tak sempat nak tanya sebab aku lebih dulu lari turun balik dari bukit tu. Time tu dah gelabah panggil Ain dekat bawah hahahaha! Cuba kau bayangkan turun bukit dengan gaya berlari. Haa ofkos rasa macam nak tergolek je kan! So aku turun tak laju laa sampaikan binatang berbulu tu boleh pintas aku. Yang buat aku tercengangnya, binatang tu tak kacau aku pun. Selamba badak je dia lalu tepi aku pastu turun bawah. Aku je yang over bagai nak rak berlari turun. Huh buat malu je tau dak!!

So itulah kisahnya hehe..

So selain pergi hiking dekat Bukit Keluang, aku ada jugak join run. Sebelum ni memang tak pernah sekali pun lagi aku join run. First masuk run yang Unikl MFI anjur, second masuk yang Unikl MIAT anjur. Kalau ikutkan nak masuk Barbie run sebab medal dia lawa gila tapi aku tahu lambat sangat pasal run tu so melepasss!

Dan aku jugak pergi Penang dengan housemate aku dalam awal bulan October. Bagi aku trip tu happening laa sebab tu first time aku sampai Penang hahahaha! Walaupun pergi dalam dua hari je, tapi aku rasa worth it laa dengan pengalaman yang aku dapat. Tu tak sebut lagi dengan apa yang kita orang lalui time dekat sana hahaha dugaan dohh!

Then, seingat aku dalam pertengahan bulan October jugak, aku ada join caving dekat Maloi hmm dekat daerah mana entah aku tak ingat. Tapi dekat negeri Sembilan lah. Kalau dari Kajang tu dalam sejam setengah jugaklah nak sampai sebab tempat dia area pedalaman sikit. Ni satu lagi aktiviti yang first time aku buat. Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak pergi caving, tup-tup ada orang minta tolong gantikan tempat dia (you know who). So aku pun why not laa kan try pergi caving sekali. Bagi aku memang tak rugi laa pergi sebab best weh caving ni walaupun sejuk gila! At first, takut-takut jugak laa main dalam air ni yelaa kut-kut ada pacat ke lintah ke ular ke kann. Tapi lepas dah berendam berjam-jam dalam air lama-lama dah tak takut. Yang tak bestnya bila main dalam sejuk-sejuk ni kaki aku senang nak cramp. So tengah-tengah caving tu dua tiga kali jugak la kaki aku dok cramp. Haru betul! Duduk rumah time sejuk-sejuk pun aku boleh cramp, memang tak sah la dalam air aku tak cramp!

To me 2018 ni boleh jadi tahun yang adventurous, tahun yang aku discover something new and tahun yang santai-santai? Hahaha so far 2018 was good and I kinda love what I went through in a year. Aku rasa caving tu last aktiviti yang aku buat sebelum aku start focus pada assignment and study betul-betul. So yeah, alhamdulillah for everything. I managed to survive in 2018!

Hello 2019!

Monday, 18 June 2018

Paramount Coffee House

8 JUNE 2018, Friday





It was my birthday and aku dengan housemates aku (enotyy and piya) keluar jalan-jalan dekat Bangi. Aku pergi Bangi ada dua tujuan utama. First, sebab nak cari tudung untuk raya and second sebab nak pergi makan dekat Paramount House. Paramount House ni dicadangkan oleh enotty yang dah lebih berbulan-bulan craving nak makan dekat situ. So why not kan, time birthday aku kiteorang keluar makan dekat situ. 

Memandangkan time tu bulan Ramadan, so terpaksa la pergi waktu malam Paramount House tu. Lokasi dia agak strategik laa aku rasa sebab cafe dia betul-betul sederet dengan butik-butik baju dekat Bangi Sentral tu. So tak adalah kene berjalan sangat. 

Lepas siap solat maghrib dekat PKNS Bangi, aku dengan housemates aku pun pergi Paramount House untuk berbuka puasa. Masuk je dalam tu, dah rasa macam ala-ala candle light dinner sebab lampu dia suram-suram macam tu. Aku dengan housemate aku dah 3 kali kut duk pindah-pindah tempat sebab nak lighting yang baik 😂😂😂. Last-last kiteorang duduk dekat luar. Cerah sikit hah! Baru cun nak ambik gambar kan! Mujurlah time tu tak ramai orang, so tak adalah yang nak tengok gelagat kami bertiga yang entah apa-apa tu. 









Tak lama lepas tu kiteorang pun terus order makanan memandangkan semua orang dah lapar giler dan penat dan glucose dalam badan dah out of stock berjam-jam yang lalu. Aku order Olio Aglio Spaghetti, Enot order Grilled Chicken Chop, and Piya pulak order Chicken Thai Sauce with Rice. Then, kiteorang decide nak tambah 2 waffle (Oreo Vanilla waffle and Mix Fruit waffle) sebagai dessert sebab nak try rasa macam mana rasa waffle dia. Best ke idok kan!

15 min tunggu, makanan yang kami pesan pun sampai. Maybe sebab time tu tak ramai orang sangat, so makanan cepat sampai. Makanan yang dihidang sama macam dalam gambar, dan rasanya pun sedap. First time aku try Aglio Olio Spaghetti, and aku dah jatuh hati. Grilled chicken chop dan chicken thai sauce yang Enot dengan Piya pesan pun best!! Nak-nak fries dia tu, gebu je aku rasa hahaha. Boleh kata tak rugi laa kiteorang order makanan tu semua. Harga pun boleh tahan, tak mahal sangat. 




Aglio Olio Spaghetti




 Grilled Chicken Chop





Chicken Thai sauce with Rice 

Waffle dia pun sedap, nak-nak yang Oreo tu haaa heavan betul! Tapi disebabkan kiteorang dah kenyang sangat-sangat time tu, nak habiskan dua biji waffle tu sangatlah seksa. Aku tahu, itulah padahnya apabila tamak di bulan Ramadan huhu. Semuanya nafsu semata-mata. Tapi kami tak membazir ye, kami makan samai licin kut! Sayang kalau biar macam tu je! 









Siap je makan, aku terus pegi bayar. Lepas tu minta tolong staff Paramount House tu tolong ambikkan gambar kiteorang untuk buat kenang-kenangan hahahaha! Kesian aku tengok staff tu, kene layankan aje cakap enot yang suruh ambik gambar angle yang lawa. Terkulat-kulat dia hahaha! segan kut! Mujurlah menjadi jugak gambarnya. 



All in all, Paramount Coffee House is okay. Next time kalau ada masa, aku akan pegi lagi hehe insyaAllah. 

So, bila kenyang, hati pun senang! Bolehlah balik dengan senang hati. 



Bye!




Friday, 4 May 2018

The Day I Met Suri Ryana!

Assalamulaikum and hi!


28 April 2018, Saturday
#PBAKL2018

Pagi Sabtu tu aku bangun dalam pukul 8:30 pagi. Lepas kejut Piya dan check phone aku sekejap, aku terus pergi mandi. Siap punya bersiap, kira-kira dalam pukul 9 pagi baru gerak turun dari hostel. Naik Grab pergi stesen MRT Kajang. Oh btw, haritu aku guna bagpack baru watermelon aku hehe.. comel kut! Nanti kalau ada masa aku share gambar.

Aku dengan Piya naik MRT sebab aku rasa MRT ni selesa sikit daripada naik KTM tu. So kami naik Mrt dari Kajang sampailah dekat stesen Merdeka. Interchange stesen dan naik pulak LRT dekat Plaza Rakyat pergi straight ke PWTC. Dalam sejam jugak laa aku rasa perjalanan dari Kajang ke PWTC tu. Naik bosan laa kejap..hmm kejap jee haha.

Bila aku sampai je dekat stesen LRT PWTC tu, fuhh lamakk manyak ramai olang lo..Semua pakat berjalan nak pergi PWTC tu. Dengan bas-bas sekolah dan budak-budak pelajar dari sekolah mana entah uh ramai kot. Aku tengok mula-mula tu dah rasa sakit kepala. Yelah, tempat yang ramai orang dan bersesak-sesak macam tu siapa je yang suka kan? Tapi nak tak nak terpaksa laa masuk jugak sebab dah datang jauh-jauh macam ni dengan semangat berkobar-kobar nak beli buku baru aiseh hahaha.. yelah terlebih over pulak aku cerita.Tapi, betullah memang aku nak beli buku yang aku idam-idamkan pun!

Ni aku rasa second time kut aku masuk dalam PWTC. First time, masa aku darjah enam kalau aku tak silap laa. Masa mak aku konvo kat situ hmm. Takpelah, tak payah cerita. Ni yang aku nak cerita ni sebenarnya pasal "keasyikan" aku berada di pesta buku antarabangsa tu. Dari awal-awal masuk dewan jualan, asyik duk kehulu-kehilir je. Tanpa arah tuju. Sebab tak tau dekat mana nak pergi, dan tak tau dekat mana booth buku yang aku nak tu.

He he he.. aku ni tak lain tak bukan cari novel la. Dah nama pun kaki novel. Piya tu dari awal-awal masuk dah heret aku terjah booth yang jual buku Teme tu. Entah apa ntah nama booth tu aku tak ingat. Iman publication kut! Dia siap suruh aku pergi beratur dulu untuk dia memandangkan ramai giler yang duk beratur nak bayar.

Haa lepas habis beli buku Teme dia tu, aku heret pulak dia pergi ikut aku hahahaha apa lagi cari novel agoraphobia dengan dhoe la! Dari tingkat 3, ke tingkat 2, then ke tingkat 1. Tak jumpa-jumpa. Mana entah booth suara hati ni menyorok. Bila nampak papan untuk semua list booth, aku dengan Piya terus je terjah. Bukan main perhati satu persatu. Piya dok scan, aku dok snap gambar list tu haha biar senang sikit nanti nak pergi booth mana-mana.

Pap! Hah dah nampak dah booth suara hati dekat mana. Rupa-rupanya dekat bawah ni jee..dekat dengan bilik Mawar. Dekat jugak dengan booth karya seni, idea kreatif, penulisan2u, popular dan banyak lagi. Bila pergi dekat area tu memang padat sangat-sangat dengan ramai orang. Nampaklah betapa ramainya kaki novel tu. Nak-nak dekat booth Karya Seni. Seram nak masuk!

Sebabkan seram nak masuk dekat karya seni, aku jalan je straight cari booth suara hati. dalam hati dok berdoa harap-harap suri ryana ada dekat booth tu sebab semalam aku nampak dekat ig story dia yang dia balik Malaysia. So aku rasa chance aku nak jumpa dia tu macam ada je kann?




Bila aku sampai je dekat booth Suara Hati publication tu, aku terus nampak buku Panahan Cinta Mr. Agoraphopia tu. Terjerit jugak laa aku kejap. Tapi yang buat aku lagi terkejut ialah bila aku nampak poster yang tulis "Suri Ryana. 12:30-2:00 petang". Oh My God!!!! She's coming??? Aku rasa macam nak melompat bintang dah time tu. Punyalah excited tahap gaban pheww nak jumpa Suri Ryana kut! Penulis novel favorite aku!






Aku cepat-cepat tengok jam. Baru pukul 11 lebih. Hehe sempatlah ni nak jumpa. Memang pada awalnya aku nak berkampung kat booth tu je sampai suri datang. Kononnya nak jadi orang first jumpa suri hahaha! Buku dia pun aku tak nak beli lagi. Suri datang nanti baru aku beli.

Tapi bila 15 min duduk tunggu dekat situ, tambah dengan rasa lapar (well yknow kiteorang tak breakfast pun pagi tu) , memang tak senang duduk laa. Lagipun macam bosan dan buang masa je kalau duduk tunggu dekat booth tu aje kan! So Piya ajak aku pergi dekat booth lain dulu. Nanti pukul 12 datang situ balik. Aku pun agree jelah dengan Piya tu.

Tengah jalan tu, tup-tup termasuk dalam booth Karya Seni pulak. Haa, apa lagi terus je sambar buku Dheo dekat rak tu. Stok pun dah macam nyawa-nyawa ikan je dekat rak tu. So aku rasa better aku grab cepat. Nanti tak pasal-pasal nangis sebab habis stok macam buku Mata Biru tu.

*Oh my god, lagu Pian pulak keluar time-time aku tengah tulis ni*

Okay back to the story, lepas aku grab Dheo tu, aku terus ajak Piya beratur. Barisan tun tak payah cakap laa, memang ramai sangat-sangat. Rasa nak give up pun ya. Tapi nak tak nak terpaksa hadap sebab nak beli jugak buku tu.  Piya pulak, time-time tengah beratur helok je dia suruh aku pergi ambik novel by Crystal Annabella (eh ye ke macam ni eja?).

Aku pun menyelit laa kejap keluar dari barisan dan ambik buku yang dimaksudkan. Pap! Oh no. Ada buku Izinkan Aku Menjadi Sayapmu jugak laa! Membulat mata aku saat itu. Buku by Lily Haslina Nasir dan buku tu aku baru baca separuh! Rugi kalau tak baca habis, desis hatiku hahaha cewah ayat!! Pastu setan hati aku pun cakap suruh beli jugak buku tu walaupun aku dah baca review dan ada yang cakap ending dia tak best. Tapi aku ni memang nak jugak buku tu. Tak kira, nak jugak!

Guess what? Of course laa aku beli hahahahaha!


Selesai bayar tu, aku terus tengok jam dan pergi balik dekat booth suara hati publication tu. Time tu aku dah nampak beberapa orang dok mengular dekat kawasan booth tu. Nampaknya semua orang tengah tunggu suri. Bila dah pukul 12:05 tu, semua orang tiba-tiba buat barisan depan booth tu. Aku pun join sekali la jawabnya. Haih, nasib laa nak jumpa suri punya pasal. Tapi kira okay laa jugak sebab, aku ni beratur depan. So tak lama laa kene tunggu.

Pukul 12:30 lebih sikit, Suri pun sampai. Hooyeahhh!! Time tu aku pun dah naik excited dah. First time kut tengok suri depan mata macam ni. Selama ni tengok dalam gambar je. Follow ig dia semua tu hahah tapi kali ni in real aku tengok dia dan jumpa depan-depan.

Bila turn aku jumpa Suri, aku pun cepat-cepat pergi dekat dia dan hulur novel yang aku baru beli tu. Awal-awal tu sayang jugak nak buka plastik pembalut buku tu. Tapi sebab nak tandatangan suri aku buka jugak. So suri say hi to me dan tanya nama aku apa. And then dia tanya aku dari mana hahaha mungkin sebab dia nampak aku kecik kut. Entah-entah dia ingat aku ni budak sekolah!!

Lepas dia sign buku aku, aku pun bergambar dengan dia. Yang jadi mangsa photographer ofkoslah Piya. Sorry not sorry Soffiaa. Aku ajak kau bergambar sekali kau tak nak! So mampu salam dengan suri jelah.

Oh lupa, Suri ada jugak bagi goodies sikit dekat aku. Eh, bukan aku sorang je. Maksud aku dekat semua yang datang jumpa dia laa. Hehe, mau setengah jam jugaklah aku nak buang rasa excited tu tau tak? Yelah, selama ni duk bawah tempurung jee. Kali ni terjumpa penulis terkenal di Malaysia pulak. Tu terlebih excited!

Oh ya, nanti aku share gambar kat sini.




Dalam pukul 1 lebih macam tu, aku dengan Piya keluar dari PWTC tu. Maklumlah dua-dua dah penat dan lapar gila-gila. Kaki pun rasa macam nak patah dua dah. So, kiteorang pergi laa cari makan dekat Sunway PUtra Mall dekat sebelah tu je. Tapi bila-pusing-pusing, semua tempat makan penuh. Ye laa, lunch hour kot. Dengan malasnya, kiteorang keluar dan balik je terus. Nanti tengah jalan singgah la mana-mana berhenti makan.

Okay tu jelah kot sesi penceritaan aku, penat aku menaip panjang-panjang. Soalan revision microbe pun tak siap lagi ni. Hmm, okay cau, next time kalau ada day yang best-best aku share sini. Lagipun sekarang dah pukul 12 tengah malam. Mood nak menaip dah habis hee

Have a nice day and happy holiday!








Sunday, 1 April 2018

JETBUS


CARA MUDAH KE KLIA ?

Assalamualaikum and haii!!

Okay hari ni aku nak share satu cara mudah dan murah ke KLIA tanpa habiskan duit dengan banyak. Biasanya kalau dengar je KLIA, mesti orang terbayang KLIA Express je kan? Tak pun KLIA Transit. Tak pun Uber or Grab?

Hmm, kalau korang duduk area KLIA je takpe laa naik Grab. Tapi aku ni yang dok Kajang nak ke 
KLIA naik Grab memang idok laa jawabnya. Malam sikit eh. Dengan harga RM50 ++ huuu tak 
berbaloi. Baik aku buat beli tudung baru jee! Heh.

So back to the cara mudah dan murah ke KLIA tu. Okay, aku ni saja laa nak share sebab aku baru 
discover pasal benda ni semua. Tu pun lepas housemate aku yang dari Sabah tu bagitau. 
Kalau korang nak tau, cara dia adalah dengan naik JETBUS!

What?

Apakah itu?

Jet? And Bus?

Bergabung meletup kebabommm??

Huh, over pulak laa aku ni. Okay, okay. Aku pun tak tau laa sejarah silam dia kenapa nama dia 
JETBUS. Tapi yang aku tahu, bas ni akan bawak kau ke tiga destinasi je. TBS - KLIA - KLIA2. Haa dia ulang-alik macam tu laa. Kalau kau dari KLIA pun kau boleh naik bas tu nak ke TBS. 
Jimat! Serious aku cakap! Even stewardess pun naik JETBUS ni tauu!!



Dari TBS ke KLIA2 : RM 11 onlyy!!
Dalam 1 jam sampai laa kat KLIA2 tu..
(kalau tak jam hehe...)

Dah 2 kali aku naik JETBUS ni, setakat ni aku rasa memang okay bagi orang yang nak jimat macam aku. Kalau naik KLIA Express memang mau habis duit kot. Tapi yelaa, dah kalau mahal tu 
tip-top laa sikit kan. Lajuu. Yeah, aku faham.

Semua orang nak yang best-best, sape nak yang tak best? 
Hehe, it’s okay.You have right to make your own decision. Aku tak kacau. 
Terserah la nak naik apa pun. Asal kau bahagiaaa..

Kalau korang berminat nak try, bolehlah try lain kali. Pergi TBS dan beli tiket ke KLIA or KLIA2. Aku hari tu beli tiket on the spot and nyaris-nyaris nak kene tinggal. Ye laa, bas pukul 4 petang, pukul 3.50 petang baru terhegerh-hegeh beratur nak beli tiket. Memang berkejar laa lepas tu pergi gate. 

p/s : Jangan tiru perangai aku. Tak elok heh


Okay laa, aku rasa tu je kot aku nak share dekat sini. Kalau ada apa-apa persoalan feel free to comment or email me.

Bye!



 


Saturday, 31 March 2018

Book Haul Again!

Hi Assalamualaikum! Hari ni terlebih rajin pulak aku nak menaip dekat blog ni. Isk, padahal tak rajin mana puu! Mengantuk lagi adalah! Dengan hujan renyai-renyai petang ni, huarghh kalau tidur memang best! Nak-nak perut aku tengah kenyang sejuta kali ganda ni. Tapi bila fikir balik, tak elok tidur time lepas asar kan. So sebab tu la aku duk menghadap depan laptop ni. Kalau ikutkan hati aku yang terlebih baik ni dah lama aku landing atas sofa ni huh!

Okay laa aku tak nak merapu sangat petang ni, lagipun mood aku tak ada sangat untuk merapunya! Baik aku merapu pasal pengalaman aku pergi pesta buku baru-baru ni. Lagi best kan!!

9 December 2017
Saturday

Petang Sabtu tu dalam pukul 2.30 petang, aku dengan housemate aku keluar la dari hostel and tempah uber nak pergi KTM Kajang. Boleh kata ktm Kajang tu tak ada la jauh sangat dengan hostel aku. Tapi,  kalau jalan kaki makan 15 minit jugak laa. So untuk stok malas-malas macam aku ni memang idok lerr...

Lepas sampai je ktm, aku terus ambik ktm ke Serdang sebab pesta buku tu dekat MIECC. Mujurlaa Kajang dengan Serdang tu dekat. Lima belas minit dah sampai. Kalau tak memang lenguh la kaki aku duk beerdiri dalam ktm tu. And lepas keluar dari ktm tu aku terus jumpa kawan aku yang dari USIM tu.

p/s : tengah-tengah aku jalan tu boleh pulak jumpa dengan mirah selangor hahahaha kebetulan apakah??!

Oh btw, dari ktm Serdang tu ke MIECC, aku dengan kawan aku jalan kaki je. Kalau nak tunggu bas ada je tapi bas tu lambat sangat and aku malas nak tunggu. So kami jalan laa dekat celah-celah bangunan tu. Bagi aku jauh jugak laa. Kalah jarak aku berjalan ke campus kut!

Dalam pukul 3.30 petang, aku dengan kawan-kawan aku selamat masuk dalam pesta buku tu. Wah memang heaven gila tak payah cakap laa. Buku memang banyak-banyak gila dan aku tak tau nak start jelajah dari mana. Novel Melayu, fiksyen English, agama, craft and bla bla banyak lagi!!

Haaa memang masuk tu semua dah bertebaran pergi merata-rata. Aku jalan sorang-sorang, sebab masuk aje memang aku dengan kawan aku lost to each other. Time nak keluar baru busy cari kawan sendiri. Aku ni pun siap ber'video-call' dengan kakak aku yang sibuk suruh aku beli novel kat dia.
Lenguh jugak laa duk melayan.




Sedar tak sedar dah pukul 6 petang. Gabra jugak laa sebab tak solat asar lagi. Lagi gabra bila kawan aku cakap ramai gila beratur nak bayar. Aku ni dah runsing time tu. Yelah, dengan buku-buku yang aku pilih ni, takkan nak tinggal macam tu je? Karang susah pulak aku nak cari balik setiap buku tu.
Tengah-tengah jalan tu aku nampak laa satu area ni yang tulis STORAGE. Bila aku baca betul-betul dan hadam, rupa-rupanya BBW ni ada sediakan tempat simpan buku yang kita dah pilih. Means, kalau kau dah pilih, and then tiba-tiba nak keluar kejap, and then nanti sambung membeli balik, haa boleh laa drop buku korang kat situ. Tak kena bayar satu sen pun! Bagus betul! Tapi korang kene tuntut buku tu within 24 hours. Kalau tak, dia akan pergi susun balik la buku tu.

So aku ni ape lagi, pergi drop terus laa buku aku kat situ pastu cau pergi surau yang ada kat tingkat atas. Lepas maghrib aku sambung balik cari buku hehe. Memang tak dinafikan, banyak jugak laa aku beli. Habis laa dalam seratus lebih. Heh, kalau mak aku tahu mesti kene bebel haha sebab mak aku galakkan anak-anak dia pinjam buku dekat library je. Bukan beli buku!




Akhirnya pergi bayar!


Okay laa, aku tak nak bebel panjang-panjang walaupun ni adalah blog aku sendiri. Penat jugak kot aku duk taip ni semua. Tapi takpelah. So pengakhiran dia, aku dengan kawan aku keluar dari pesta buku tu dalam pukul 10 malam. Kaki pun dah kejang dengan berlari pergi ktm sebab takut tak sempat kejar ktm. Holaa, memang lenguh tahap petala kelapan laa. Sampai hostel pun dalam pukul 12 kalau tak silap. huh.

Okay geng, meh aku belanja gambar buku yang aku beli. Beli dan tak baca-baca hahaha!

Okay gurau je, baca je, tapi lambat sikit hehe..


Coloring Book : RM 15
Requested by my sister







This is my books 💗






My sister books










Friday, 1 September 2017

Resepi

Assalamualaikum and..
Happy Eid Adha!!

Hari ni terdetik pulak hati ni nak share resepi puding buih sebab semalam bukan main asyik buat puding tu. Punyalah berminggu-minggu mak cakap nak buat puding, last-last semalam baru buat hehe.. so mak aku buat pudingnya dan aku pulak buat kuah dia. Haa okay dah tak nak cakap panjang-panjang. Jom proceed terus!


𓄯
Tadaaa! Haa inilah puding buih berkuah yang aku buat. Nak bagi nampak cantik saja-saja aku letak kuib buah atas tu hahahaha. Korang kena try tauu!



RESEPI PUDING BUIH 

Bahan-bahan (untuk puding)

- 1 paket agar-agar
- 3 cawan air
- 6 sudu besar gula
- 3 sudu besar sirap
-3 biji telur (aku guna telur gred A)
- 1 sudu besar esen vanila

Cara Penyediaan :

1-Masak agar-agar dengan 3 cawan air sehingga agar-agar larut sepenuhnya.

2-Masukkan gula dan kacau hingga sebati. Then tutup api dan biar dia sejuk. Tapi jangan biar dia sejuk sangat-sangat sampai jadi keras pulak. Suam-suam tu pun ok dah.

3-Okay next step, putar telur bersama esen vanila sehingga telur tu kembang. Sampai nampak   macam buih gitu. Mak aku cakap selagi buih tu tak nampak bertanduk selagi tu kena putar. Aku pun pelik macam mana tah bertanduk tu. Takkan buih ada tanduk lol. 

4-Lepas dah putar telur tu dan buih terbentuk elok, masukkan sedikit demi sedikit agar-agar tadi. Sambil-sambil tu kacau. Ingat ye, jangan letak agar-agar yang masih panas, nanti hancur buih tu. Karang dah tak jadi puding buih pulak. 

5-Okay dah siap! Bolehlah tuang dalam loyang ataupun bekas-bekas yang cute-cute. Nanti bentuk dia jadi cantik hehe


Note : Sebaiknya esen vanila tu letak banyak sikit. Sebab kalau letak sikit bau hanyir telur masih ada. Nanti nak makan pun tak senang sebab bau telur..



Bahan-bahan (untuk KUAH
             

-1 tin susu pekat manis
-1/2 tin susu cair
-3 tin air @ 3 tin + 1 cawan air
-4 sudu besar tepung kastard 

Cara Penyediaan :

1-Masukkan susu pekat, susu cair dan air dalam periuk. Buka api dan biarkan dia mendidih.

2-Dalam pada itu, sediakan tepung kastard yang sudah disebatikan. Jangan biar dia berketul-ketul.

3-Bila susu dalam periuk tu dah mendidih barulah masukkan tepung kastard tadi. 

4-Kacau hingga ia menjadi pekat sedikit dan siap!

Note : Aku letak 3 tin air, tapi dia jadi manis. Tapi kalau suka manis tak kesah la letak 3 tin aje air. So aku cadangkan 3 tin lebih sikit air tu kalau korang takleh manis-manis sangat. Hope membantu ..


Selamat mencubaa!






PENANG TRIP ( 2 DAYS I NIGHT)

5 OCTOBER 2018 Assalamualaikum and hi! So post kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku sepanjang trip ke Penang dengan hous...